SHAH ALAM: G&T Hyper Hardware Sdn Bhd menyasarkan pembukaan enam pusat sehenti yang menawarkan produk perkakasan, bahan binaan dan perkakasan runcit moden di sekitar Lembah Klang.
Sasaran dalam tempoh lima tahun itu dibuat susulan pelancaran cawangan pertama kedai syarikat milik Bumiputera berkenaan di Batu 16, Sungai Pelong di sini, hari ini.
Pemilik syarikat itu, Bermawi Bagindo Jaba berkata, premis berkeluasan 2,787 meter persegi itu menawarkan lebih 4,000 barangan logam, kayu, jubin dan marmar ...