BESUT: “Jenazah arwah seperti sedang tidur dan hanya mengalami luka ringan di bahagian muka.” Demikian kongsi Ruslinan Abd. Razak iaitu ibu kepada Muhammad Adib Hazim Halim, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Jeli-Gerik, Perak, semalam.
Ruslinan, 55, berkata, anak keenam daripada tujuh beradik itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas kemalangan tersebut.
“Alhamdulillah. Urusan pengebumian arwah berjalan lancar. ...