CAMERON HIGHLANDS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi pekerja kebun sayur warga Myanmar yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Batu 59, Kampung Raja di sini semalam, disambung hari ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Md Gezani Md Ghazi berkata, operasi itu bermula pada pukul 8.42 pagi dengan kekuatan 86 anggota penyelamat di lokasi runtuhan.
Katanya, kerja-kerja pencarian turut dibantu dua anjing daripada Unit Anjing Pengesan (K9) bomba iaitu Frankie dan Pop.
“Tumpuan pencarian masih di ...