KUALA TERENGGANU: Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Jesse Ewart, mencuri tumpuan setelah mengungguli peringkat pertama Jelajah Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.
Pelumba Ireland berusia 30 tahun itu muncul paling awal di garisan penamat pada perlumbaan sejauh 134.4 kilometer dengan catatan masa 2 jam 59 minit 55 saat (s) untuk menyarung jersi kuning.
Ewart tiba bersama dua lagi pelumba, Anass Al Abdia daripada Abu Dhabi Cycling Club dan pelumba kebangsaan Rwanda, Eric Manizabayo namun masing-masing akur di tempat kedua ...