Blog

Jenazah Muhammad Adib Hazim Halim antara mangsa terawal dikebumi

BESUT: Jenazah Muhammad Adib Hazim Halim, 21, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam tragedi kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, selamat dikebumikan kira-kira pukul 12.30 pagi ini.

Jenazah Allahyarham adalah antara dua mangsa terawal yang selamat dikebumikan. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Badak di Hulu Besut.

Jenazah seorang lagi mangsa nahas itu yang selamat dikebumikan adalah Wan Nur Suhaila Wan Muhammad, 22, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Amer, di sini, kira-kira ...

Read More →

Atuk 70 Tahun Hidap Penyakit Jantung & Diabetes Didakwa Amang Seksual Remaja 14 Tahun

Seorang warga emas berusia 70 tahun didakwa di Mahkamah Seksyen atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berumur 14 tahun, dua tahun lalu.

Menurut Kosmo, tertuduh dikenali sebagai Jaafar Taib bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga menghidap penyakit jantung dan kencing manis itu didakwa melakukan perbuatan meraba mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun bagi tujuan seksual.

Kejadian itu dilakukan kira-kira jam 2 petang di sebuah rumah di Klebang, Melaka pada awal Februari ...

Read More →
blank

Nabil Ahmad Berhasrat Mahu Jadikan Rumah Di Kampung Sebagai Madrasah

Baru-baru ini, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad ada memuat naik video memaparkan rumah keluarganya yang terletak di Mambau, Negeri Sembilan.

Menerusi video di TikTok itu, Nabil meluahkan rasa rindu serta mengimbau kembali kenangan ketika dia membesar di rumah berkenaan. Katanya lagi pada waktu malam, rumah tersebut sangat sejuk.

BACA: “Saya Tak Pernah Tak Kerja” – Nabil Ahmad Menangis Dapat Surat Direhatkan

@nabilofficial83

House tour rumah. Simpan sini ...

Read More →
blank

Keluarga setia menunggu lebih tujuh jam 13 lagi jenazah 

BESUT: Hampir tujuh jam berlalu, ahli keluarga dan sanak-saudara kepada 13 lagi penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas di Gerik, Perak, masih setia menanti ketibaan jenazah di Masjid Hadhari, di sini untuk disolatkan serta memberi penghormatan terakhir seterusnya dikebumikan.

Sejak pukul 7 malam tadi, mereka  mula berkumpul dengan wajah penuh kedukaan menanti  jenazah yang dijangka tiba dari Perak sekitar pukul 2.30  pagi ini.

Siti Aisyah Nasir, 47, sepupu kepada ibu Allahyarham Nurly Sahirah Azman, 23, yang maut ...

Read More →
blank

“Takkan Nak Beritahu Dalam Bank Saya Ada Berapa Ribu” – Disindir RM500 Tak Boleh Beli ‘Pampers’ & Susu Anak, Muntazar Ghufran Pertahankan Diri

Beberapa hari yang lalu, isu mengenai bekas tunang mendakwa pelakon, Muntazar Ghufran hanya mempunyai RM500 di dalam akaunnya menjadi bualan ramai.

‘RM500 tak cukup nak beli pampers & susu’

Terbaru, seorang netizen telah meninggalkan komen sindiran di dalam ruangan komen hantaran Muntazar dengan menyatakan RM500 tidak cukup untuk membeli lampin dan susu anak untuk pasangan yang sudah berkahwin.

komen muntazar ghufar Read More →

blank

“Kalau Tahu Lahir Macam Ni, Aku Tak Nikah & Pilih Ada Anak!” – Wanita Dedah Ditinggalkan Suami Sebab Anak Sindrom Down

Sedia maklum, mempunyai anak istimewa bukanlah satu amanah yang mudah buat mana-mana ibu bapa dan diawal kelahiran anak istimewa, pasti banyak komplikasi kesihatan berlaku serta perlu dijaga dengan penuh rapi.

Tetapi dalam proses ini, ibu bapa perlu memainkan peranan masing-masing dengan membantu satu sama lain tetapi kisah seorang wanita bernama Aisyah ini sememangnya amat perit untuk dilalui.

Wanita ditinggalkan oleh suami sebab anak Sindrom Down?

Lebih perit apabila suaminya sendiri melontarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada anak mereka yang hidap Sindrom Down.

Read More →
blank

Jenazah Muhammad Adib disolatkan di Masjid Hadhari

BESUT: Kira-kira 300 jemaah terdiri daripada ahli keluarga, rakan dan penduduk menyertai solat jenazah Muhammad Adib Hazim Halim, 21, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.

Terdahulu, jenazah Muhammad Adib  tiba di Masjid Hadhari, Jertih, di sini, kira-kira pukul 10.45 malam sebelum disolat dan diimamkan oleh Mat Jaih Namat, 55, yang juga imam di masjid tersebut.

Jenazah kemudian dibawa ke Kampung Pasir Badak, Hulu Besut untuk urusan ...

Read More →
blank

Hasrat Nurul Izyanti sambung legasi keluarga tidak kesampaian

BESUT: Hasrat Nurul Izyanti Muhamad Azahar, 21, untuk menyambung legasi ibu dan bapanya sebagai pendidik tidak kesampaian apabila maut dalam tragedi bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, yang meragut 15 nyawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kakak mangsa,  Nurul Aiin Sharmin Muhammad Azahar, 24, berkata, Nurul Izyanti yang merupakan pelajar semester kedua jurusan Pendidikan Pengajian Bahasa Melayu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi tadi.

“Semalam kami sekeluarga menghantarnya naik bas pada pukul 9 malam ...

Read More →
blank

Almy Nadia Nak Kurus Tapi Fizz Fairuz Belum Izinkan – “Nanti Tak Ada Bonggol Bonggol I Nak Peluk, Nak Gigit…”

Isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia berkongsi tentang sebab mengapa dia tidak menurunkan berat badannya.

Kata Almy, dia sememangnya mempunyai niat untuk menurunkan berat badan namun tidak dapat diteruskan gara-gara suaminya yang tidak memberi kebenaran.

Menerusi siaran langsung di TikTok, dia melontarkan semula dialog Fizz Fairuz terhadapnya yang tidak mahu Almy berbadan ramping.

Ma, janganlah kurus ma. Kalau kurus nanti dah tak ada bontot, kalau you kurus, tak ada bonggol-bonggol I nak peluk, nak gigit-gigit.

Read More →
blank

“Kita Akan Lihat Kemalangan Berpunca Daripada Kecuaian Manusia Atau Kegagalan Teknikal” – Polis

Susulan kejadian kemalangan yang berlaku pada sekitar jam 12 tengah malam hingga jam 1 pagi melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI serta kenderaan MPV jenis Perodua Alza, pihak polis mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

Berpunca sebab kecuaian manusia atau kegagalan teknikal?

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, siasatan menyeluruh daripada semua aspek sedang dijalankan oleh pihaknya bagi mengenal pasti punca kemalangan itu boleh berlaku.

blank

Read More →
Page 198 of 2,307 «...170180190196197198199200...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X