KEJADIAN keganasan seperti pergaduhan, buli serta pembunuhan kejam yang berlaku di negara ini mutakhir ini amat membimbangkan. Kes seorang remaja lelaki berusia 13 tahun bertindak luar kawalan dan kewarasan apabila menikam pemandu e-hailing mendesak kita meneliti intervensi mendalam diambil terhadap beberapa insiden yang menjurus kepada ekstremisme atau perlakuan melampau.
Malaysia sedang bergerak ke hadapan atas jenama Malaysia Madani. Namun begitu, wujud onar dan duri yang cuba menyelusup masuk untuk merosakkan negara. Cubaan menanam pemikiran ekstremis terutama dalam fahaman agama, ...
