Enggan dirinya terus dipersalahkan, pelawak Shuk Sahar tampil mempertahankan diri dengan meminta pertolongan daripada pembantu rumahnya untuk menggeledah seluruh kawasan di dalam kediamannya bagi mencari dokumen berkaitan masalah jantung Fara Salleh, yang didawak berada di dalam simpanannya.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Shuk atau nama penuhnya Muhammad Shukri Mohammed Sahar berkata, dia terpaksa meminta pertolongan pembantu rumahnya itu kerana enggan dituduh menyembunyikan dokumen berkenaan.