PUTRAJAYA: Edisi keempat Kejohanan Kuda lasak Piala Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) 2023 mencatat rekod tersendiri apabila disertai 122 peserta iaitu paling ramai dalam sejarah penganjuran.
Malah, Persatuan Ekuestrian Malaysia turut mengiktiraf kejohanan itu sebagai penyertaan terbanyak diterima dalam satu-satu kejohanan berkuda di Lembah Kelang.
Presiden PPj, Datuk Fadlun Mak Ujud berkata, ia turut membuktikan kejayaan PPj dalam penganjuran sukan kuda lasak di negara ini sekali gus membantu melonjakkan lagi industri equestrian negara.
Beliau berkata, kejohanan yang berlangsung di Padang Semarak, Taman Wetland ...