SAO PAULO: Brazil menjadi pasukan kedua dari benua Amerika Selatan yang mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Paraguay 1-0 dalam aksi kelayakan di Stadium Morumbi, awal pagi tadi.
Jaringan tunggal penyerang Real Madrid, Vinicius Jr. diterima daripada hantaran lintang pemain baharu Manchester United, Matheus Cunha pada minit ke-44 menghadiahkan kemenangan sulung di tempat sendiri buat jurulatih baharu Brazil, Carlo Ancelotti.
“Saya sangat gembira dengan keputusan hari ini. Kami perlu menang di tempat sendiri untuk penyokong kami juga dan layak ...