LABUAN: Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan untuk mengembalikan sebahagian hasil kewangan yang diperoleh daripada kerajaan Labuan untuk pembangunan wilayah berkenaan.
Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Tan Sri Anifah Aman berkata, langkah itu mampu mempercepatkan proses pembangunan wilayah itu.
Beliau berkata, Pusat Kewangan dan Perniagaan Antarabangsa Labuan (IBFC) menyumbang lebih RM1 bilion kepada Kerajaan Persekutuan.
“Sekiranya sebahagian hasil kewangan itu diberikan kepada Labuan, ia akan dapat membantu dalam pembangunan infrastruktur asas untuk kebaikan rakyat Labuan.
“Malah, ia juga akan dapat menyelesaikan masalah air menerusi projek-projek pembaikan ...