JOHOR BAHRU: Johor mengumumkan cuti khas peristiwa pada 17 Disember ini sempena kejayaan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Malaysia, malam tadi.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Azmi Rohani berkata, pengumuman cuti peristiwa itu juga bersempena kejayaan skuad Harimau Selatan menjuarai Liga Super buat kali kesepuluh berturut-turut.
Katanya, pencapaian itu merupakan sejarah gemilang buat bola sepak negeri ini.
“Justeru itu, pada pukul 8.30 malam, 16 Disember ini akan diadakan sambutan bagi meraikan peristiwa bersejarah tersebut di ...