KUALA TERENGGANU: Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu menyediakan peruntukan sebanyak RM22 juta dalam program bina baharu dan baik pulih rumah untuk golongan miskin tegar di negeri itu pada tahun ini.
Pengarahnya, Abdul Kahar Abdul Latif berkata, peruntukan tersebut bertujuan memastikan semua kumpulan sasar itu berjaya memiliki kediaman yang selamat dan selesa serta dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.
Menurutnya, statistik terkini menunjukkan sebanyak 6,506 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar dan 24,740 KIR miskin telah didaftarkan dalam sistem e-Kasih di ...