KUALA LUMPUR: Pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner memilih untuk tidak bercakap banyak tentang mutu pengadilan bagi aksi final pasukannya menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), sebentar tadi.
Dalam masa yang sama, pengendali dari Croatia itu juga percaya, keputusan perlawanan akan berubah sekiranya Video Bantuan Pengadil (VAR) diguna pakai dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu.
Dalam aksi itu, pengadil, S. Logeswaran menghadiahkan tiga penalti iaitu dua kepada JDT dan satu kepada Terengganu selain dia juga terlepas pandang beberapa insiden ...