KUALA LUMPUR: Tiada diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersempena program Setahun Bersama Malaysia Madani.
Sekretariat Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa tiada diskaun ditawarkan bagi saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang program berlangsung hingga Ahad ini.
Namun, antara Perkhidmatan JPJ yang ditawarkan ialah pembaharuan lesen memandu Malaysia (CDL & PDL), pembaharuan lesen memandu vokasional (PSV & L), pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) persendirian/ perdagangan, pengambilan dokumen CDL & LKM (diperbaharui secara dalam talian melalui portal mySIKAP ...