Blog

Sistem Kejara gagal, tidak efektif

blank

SHAH ALAM: Sistem Kesalahan Jalan Raya (Kejara) yang dilaksanakan sejak 2017 perlu dirombak secara besar-besaran selepas gagal dan tidak efektif sama sekali bagi menilai dan mendisiplinkan pemandu. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kegagalan utama meliputi kaedah yang digunakan bagi sistem pemberian mata demerit kesalahan ke atas pesalah trafik. Tegas beliau, kiraan demerit Kejara … Read More →

blank

Inisiatif 10Star Cinemas bantu tayang filem tempatan

PETALING JAYA : 10Star Cinemas akan memperuntukkan sebuah dewan di pawagam mereka yang akan dibuka di pusat membeli belah Hextar World Empire City bagi menayangkan filem tempatan sahaja.

Ketua pegawai eksekutif 10Star Cinema, Onn Norshal Hamzah berkata, inisiatif itu adalah satu bentuk sokongan untuk memajukan filem tempatan.

“Daripada lapan dewan yang ada, kami akan memperuntukkan satu dewan untuk menayangkan filem tempatan, ini adalah inisiatif kita untuk menyokong filem tempatan.

“Usaha ini juga adalah cetuasan idea daripda pengerusi Eksekutif MAA ...

Read More →
blank

IRFC, Takeda bekerjasama tangani wabak denggi

PETALING JAYA: Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) Asia Pasifik berganding bahu dengan syarikat farmaseutikal Takeda, melancarkan `United Against Dengue (UAD)’, kerjasama jangka panjang untuk mengukuhkan pencegahan dan pengurusan wabak denggi di seluruh rantau Asia.

Inisiatif yang dilancarkan sempena Hari Denggi ASEAN itu bertujuan menyokong matlamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan ASEAN untuk menghapuskan kematian akibat denggi yang boleh dicegah menjelang 2030.

Timbalan Pengarah Serantau Asia Pasifik IFRC, Juja Kim berkata, UAD ...

Read More →
blank

Shahidan nafi ugut Irfan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang ugutan terhadap jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin, sebaliknya menyifatkan atlet itu sebagai antara kesayangannya.

Presiden  Olahraga Malaysia (MA) itu mendakwa wujud anasir luar yang cuba menimbulkan salah faham antara mereka berdua menjelang pemilihan pucuk pimpinan badan induk itu hujung minggu ini.

“Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa tuduhan itu tidak benar. Irfan adalah antara atlet yang saya hargai dan sentiasa ...

Read More →
blank

Jabatan Imigresen selamatkan wanita Filipina mangsa pemerdagangan manusia

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia yang berselindung di sebalik sebuah agensi pekerjaan beroperasi di Klang. 

Serbuan dijalankan ke atas tiga buah premis berbeza, mendedahkan kegiatan pemerdagangan manusia melibatkan pembantu rumah warganegara Filipina.

Serbuan dilakukan berdasarkan aduan awam dan hasil risikan oleh Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Berdasarkan risikan selama dua minggu, pasukan menahan seorang wanita ...

Read More →
blank

Bursa Malaysia ditutup negatif

PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 8.51 mata kepada 1,518.11 pukul 5.05 petang hari ini, berbanding 1,526.62 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka rendah 1,522.47.

Jumlah dagangan sebanyak 2.88 bilion unit bernilai RM2.06 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 768 berbanding 249 dengan 463 kaunter tidak berubah dan 966 tidak diniagakan.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menurun 338.84 mata atau 0.89 peratus kepada 37,834.25 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 0.87 peratus kepada ...

Read More →
blank

Selebriti lakukan amang seksual didakwa Selasa depan

PETALING JAYA: Seorang selebriti yang disiasat kerana terlibat kes amang seksual seorang remaja perempuan akan didakwa pada Selasa depan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, arahan pertuduhan ke atas suspek telah diperolehi daripada Pejabat Pendakwaraya Selangor.

Beliau berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 kerana telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

“Pertuduhan akan dibuat pada 17 Jun di mahkamah Petaling Jaya.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited memastikan keadilan ditegakkan dan siasatan ...

Read More →
blank

Malaysia perlu perkukuh ekonomi sendiri, jangan bergantung kuasa luar

PETALING JAYA: Malaysia perlu memperkukuh kekuatan ekonomi domestik dan tidak terlalu bergantung kepada kuasa luar seperti Amerika Syarikat (AS) dalam aspek pelaburan serta perdagangan antarabangsa.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, dasar tidak menentu yang digerakkan oleh kuasa besar dunia, khususnya AS, tidak seharusnya menjadi sandaran utama kepada hala tuju ekonomi negara.

“Kalau kita tengok dari sudut yang berbeza, kita kena mampu berdiri di atas kaki sendiri. Kita tidak boleh terlalu bergantung ...

Read More →
blank

“Dulu Macam Barbie, Sekarang Nampak Tua Sangat” – Pernah Tular Sebab Keluar Agama Islam, Wajah Terbaru Aktres Popular Ini Raih Perhatian

Baru-baru ini, seorang aktres yang pernah menjadi bualan ramai susulan keluar daripada agama Islam menjadi perhatian warganet semula selepas satu video memaparkan dirinya berada di sebuah acara anugerah tular di platform media sosial.

Penampilan aktres ini raih perhatian ramai

Pelakon yang berasal dari Indonesia iaitu Asmiranda dan suaminya, Jonas Rivanno telah membuat penampilan di anugerah yang disiarkan oleh stesen TV swasta.

Dapat dilihat, kedua-duanya sedondon berbusana hitam dan kelihatan aktres itu memakai gaun baldu hitam off-shoulder dengan sentuhan ‘bling-bling’ untuk menaikkan seri wajah.