PETALING JAYA: Polis menahan tiga pengarah sebuah syarikat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan pelaburan dan membabitkan kerugian RM3.9 juta.
Ketiga-tiga individu berusia 49 hingga 57 tahun ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) pada Khamis lalu.
Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima 57 laporan dari seluruh negara berhubung kes berkenaan sejak 15 Mac 2021.
Menurut beliau, siasatan mendapati syarikat terbabit mula beroperasi pada 2017 dengan menjalankan ...