MELAKA: Pembayaran sagu hati cuti bersalin kepada guru-guru di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) diteruskan sehingga tahun depan sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar golongan pendidik dalam membangunkan modal insan negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, setiap guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta Tadika JAIM yang mengambil cuti bersalin akan menerima bayaran sagu hati sebanyak RM1,600 walaupun tidak layak mendapat elaun tetap semasa cuti tersebut.
“Ia adalah pengiktirafan kepada guru-guru wanita yang tetap komited dalam ...