PERMATANG PAUH: Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa menggalakkan penglibatan generasi muda dan belia di negeri ini dalam mempelopori aktiviti serta perusahaan berkaitan pertanian.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, penglibatan generasi muda dalam bidang pertanian ketika ini perlu diketengahkan bagi membantu mereka menjana pendapatan yang lebih baik.
Pada masa sama, katanya, penglibatan generasi tersebut secara lebih meluas juga dapat membantu mengukuhkan agenda keterjaminan makanan khususnya di Pulau Pinang.
“Menyedari kepentingan golongan belia dalam bidang pertanian, kerajaan negeri telah menyediakan dua program berkaitan ...