Susulan tular video gadis menaiki motor diganggu oleh seorang pegawai polis dengan berbual topik berbaur lucah, pihak polis kini sedang melakukan siasatan lanjut.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail, pihaknya telah mengesan video berdurasi satu minit 30 saat itu di platform media sosial.
Read More →

Pakistan ikrar sokong Iran, seru negara Islam bersatu tentang Israel

ISLAMABAD: Pakistan menyatakan sokongan penuh kepada Iran dan menyeru perpaduan dalam kalangan negara Islam bagi menentang tindakan agresif Israel, susulan serangan terhadap kemudahan nuklear dan ketenteraan Iran pada Jumaat lalu. “Israel menyerang Iran, Yemen dan Palestin. Jika negara-negara Islam tidak bersatu sekarang, setiap negara bakal menerima nasib yang sama,” kata Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Asif … Read More →

Ulasan Ballerina: Bagaimana berlawan seperti perempuan?
KETIKA orang tertinggi sindiket Ruska Roma berkata kepada Eve Maccaro ‘berlawanlah seperti perempuan’, saya merasakan dia sedang memberi petunjuk bagaimana saya harus memahami dan melihat Ballerina sebagai sebuah filem. Dia kemudian menambah, ‘cabar setiap syarat dan peraturan’. Maka bermulalah perjalanan kewiraan, atau lebih tepat, perjalanan srikandi Eve untuk memusnahkan siapa sahaja yang terlibat dalam pembunuhan bapanya.
Walaupun adegan bapa dan anak di awal filem tidak begitu mengesankan, tapi saya setuju ia penting menunjukkan bagaimana seorang gadis manis yang cuma ...

‘Saya nyaris buta sebelah mata’
FILEM Pontianak Harum Sundal Malam 2 (PHSM2) arahan sutradara Datin Paduka Shuhaimi Baba dihasilkan pada 2005 susulan kejayaan filem pertama yang menjengah pawagam tahun sebelumnya.
Filem kedua dikukuhkan dengan penampilan beberapa pelakon hebat antaranya Rushdi Ramli yang menghidupkan watak Zali atau Joyo.
Persembahan lakonan Rushdi dalam filem itu meninggalkan kesan sehingga membuatkan beliau tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik sempena Festival Filem Malaysia ke-19.
Kesempatan berbual dengan Rushdi baru-baru ini memberi peluang kepada saya untuk mengorek cerita menarik di sebalik pembabitannya dalam ...

Didakwa ‘Pengotor’ Guna Sarung Tangan Sama Kendali Pizza & Betulkan Karpet, Jofliam Tak Diam Diri – “Banyak Saya Tukar..”
Usahawan pizza wagyu sensasi iaitu Jofliam menafikan bahawa dirinya tidak menjaga kebersihan sewaktu menghantar pizza kepada pelanggan di sebuah tempat letak kereta.
Jofliam menegaskan tukar sarung tangan baru setiap masa
Melalui hantaran di Instagram Storynya, Jofliam atau nama sebenar, Muhammad Syuhaimi Haji Abdul Jofli menegaskan dia tidak menggunakan sarung tangan yang sama untuk masa yang lama.
Katanya, dia akan berulang kali menukar sarung tangan baru setiap kali membuat penghantaran pizza kepada pelanggan.

IRGC dakwa serang kemudahan minyak jet Israel

TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mendakwa melancarkan serangan besar-besaran menggunakan peluru berpandu dan dron terhadap kemudahan pengeluaran bahan api jet pejuang dan saluran bekalan tenaga milik rejim Israel. Jurucakap IRGC, Brigedier Jeneral Ali Mohammad Naeini dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen berkata, serangan itu merupakan sebahagian daripada operasi gabungan berskala besar di bawah kod … Read More →

Serangan Israel ke atas Iran zalim, berat sebelah – Tun Mahathir.

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan serangan Israel ke atas Iran ketika ini sebagai suatu tindakan yang zalim dan berat sebelah. Bekas Perdana Menteri itu berkata, peperangan yang dimulakan Israel itu kononnya mahu menghentikan pembangunan senjata nuklear oleh Iran. “Ia (serangan ke atas Iran) sesuatu yang zalim kerana negara regim Zionis itu sendiri bebas membangunkan … Read More →

Perlawanan ‘Boxing’ Dibatalkan, DMA Islam Luah Rasa Marah Pada KBS – “PMX Kena Tukar Hannah Yeoh, Jangan Bagi Dia Handle!”
Difahamkan dari laporan, perlawanan tinju melibatkan dua influencer popular iaitu DMA Islam dan Abang Koroy telah pun dibatalkan disaat akhir susulan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai penganjuran acara tinju itu.
Pihak KBS menyambut baik keputusan membatalkan acara terbabit kerana ia tidak selari dengan objektif utama Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2025.
DMA Islam luah rasa marah
Sudah semestinya tidak mendiamkan diri, DMA Islam tampil memuat naik satu video di laman Instagramnya dengan meluahkan rasa marah terhadap pihak ...

Polis buru suspek tembak mati ahli politik Demokratik Minnesota dan suami

MINNEAPOLIS: Seorang lelaki bersenjata yang menyamar sebagai anggota polis menembak mati seorang ahli politik negeri daripada parti Demokratik dan suaminya dipercayai sebagai pembunuhan bermotif politik, menurut Gabenor Minnesota, Tim Walz dan pegawai penguat kuasa undang-undang. Suspek melarikan diri dengan berjalan kaki selepas melepaskan tembakan ke arah pihak polis dan meninggalkan sebuah kenderaan yang mengandungi dokumen … Read More →

Bangunan 67 tingkat di Dubai terbakar, hampir 4,000 penduduk dipindahkan

DUBAI: Satu kebakaran besar berlaku melibatkan sebuah bangunan setinggi 67 tingkat di kawasan Marina di sini, menurut Pejabat Media Dubai (DMO), semalam. Menurut laporan akhbar Khaleej Times, kesemua 3,820 penduduk dari 764 unit pangsapuri di Marina Pinnacle dipindahkan dengan selamat selepas kebakaran bermula lewat malam Jumaat. Kebakaran juga dapat dipadamkan oleh pasukan Pertahanan Awam Dubai … Read More →