BACHOK: Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 17, Jalan Lipis-Benta, Pahang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Pintu Gerbang, di sini petang tadi.
Terdahulu, jenazah ketiga-tiga mangsa itu disolatkan di Masjid Telok Kemunting, Tawang, sebelum dikebumikan di dalam satu kubur kira-kira pukul 6.30 petang.
Koperal Mohd. Azman Mat Yaacob,36, dilihat tidak henti-henti mengalirkan air mata semasa mengiringi arwah isteri, Nor Faizah Ridzuan, 34, bersama anaknya, Muhammad Hariz Adrian,10, dan anak angkat, ...