Baru-baru ini, seorang aktres yang pernah menjadi bualan ramai susulan keluar daripada agama Islam menjadi perhatian warganet semula selepas satu video memaparkan dirinya berada di sebuah acara anugerah tular di platform media sosial.
Penampilan aktres ini raih perhatian ramai
Pelakon yang berasal dari Indonesia iaitu Asmiranda dan suaminya, Jonas Rivanno telah membuat penampilan di anugerah yang disiarkan oleh stesen TV swasta.
Dapat dilihat, kedua-duanya sedondon berbusana hitam dan kelihatan aktres itu memakai gaun baldu hitam off-shoulder dengan sentuhan ‘bling-bling’ untuk menaikkan seri wajah.