Blog

Sistem PRIME tingkat siap siaga hadapi situasi bencana, kecemasan

CYBERJAYA: Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) dilancarkan bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan untuk berdepan dengan situasi bencana dan kecemasan di tempat awam.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, PRIME merupakan sistem komunikasi bersepadu bergerak yang direka khusus untuk menyokong operasi bantuan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta pasukan penyelamat.

Menurut beliau, PRIME menggabungkan pelbagai teknologi seperti satelit, selular, radio mudah alih, Wi-Fi dan dron, serta berkeupayaan menyediakan ketersambungan komunikasi yang boleh dipercayai dan fleksibel mengikut keperluan operasi di ...

Read More →

Hael Husaini Hadir Ke Mahkamah, Kes Penyelewengan Wang Berjumlah RM28,000 Membabitkan Syarikat Rakaman

Penyanyi Hael Husaini dilihat hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menjadi saksi kes penyelewengan wang berjumlah RM28,000.

Menurut laporan, kes itu melibatkan Syarikat Pengurusan Bakat, Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd dan difahamkan syarikat itu telah memfailkan saman terhadap bekas kakitangannya.

Naib Presiden Rocketfuel Entertainment, Prem Rajahram Anand berkata, individu berkenaan telah mencabar Syarikat Pengurusan Bakat, Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd mengenai kes penyelewangan wang.

Pada pertengahan tahun lalu, kami telah membuat satu laporan polis terhadap seorang bekas pekerja yang disyaki ...

Read More →
blank

Bergaya Ala-Ala Artis ‘Fashion Show’, Mengucap Panjang Lihat Jemaah Indonesia Balik Haji

Penampilan luar biasa sekumpulan jemaah haji dari Indonesia sekembalinya mereka menunaikan ibadah haji mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan netizen, terutama berkaitan soal kesesuaian berpakaian selepas menyempurnakan rukun Islam kelima.

Dalam satu klip video yang dikongsikan oleh Andi Arham dan kini tular di media sosial, kelihatan sekumpulan jemaah haji disambut meriah oleh keluarga dan penduduk tempatan sebaik tiba di sebuah masjid.

Apa yang mencuri perhatian ialah penampilan ...

Read More →
blank

Rasionalisasi subsidi RON95 diteruskan, perkukuh kewangan

PETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi RON95 akan diteruskan kerajaan bagi memperkukuh kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan tersebut disifatkan sebagai satu keperluan kritikal untuk membantu meningkatkan infrastruktur serta kemudahan rakyat pada masa depan.

Menurut beliau, penjimatan signifikan ini juga boleh digunakan semula untuk menyalurkan lebih banyak bantuan fiskal kepada rakyat yang benar-benar memerlukan terutamanya golongan berpendapatan rendah.

“Tidak ada masalah untuk meningkatkan harga petrol RON95 kepada kebanyakan 85 peratus atau 90 peratus.

“Adakah kami akan ...

Read More →
blank

Blaise Metreweli wanita pertama dilantik Ketua MI6

blank

blank

LONDON: Kerajaan Britain melantik Blaise Metreweli sebagai wanita pertama yang mengetuai perkhidmatan risikan luar negara, MI6 ketika negara itu berdepan dengan ancaman berskala luar biasa, umum Perdana Menteri Keir Starmer pada Ahad. Pelantikan bersejarah Metreweli sebagai Ketua MI6 ke-18 diumumkan oleh pejabat Downing Street dengan Starmer menyifatkannya sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh keselamatan negara. … Read More →

blank

“I Tak Rasa Kaya, I Rasa I Miskin Dan Baru Mulakan Bisnes” – Datuk Aliff Syukri

Kalau sebut saja nama usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri pasti sudah ramai yang mengenalinya sebagai individu yang sering terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Tetapi dalam pada masa yang sama, ramai juga mengenali Aliff Syukri sebagai ahli perniagaan yang sangat berwibawa dan tidak pernah kenal erti ‘rehat’.

Tak pernah rasa diri kaya

Baru-baru ini, tular di platform TikTok video yang dimuat naik oleh @buatsaja.podcast memaparkan Aliff Syukri memberitahu dirinya sentiasa merasakan seseorang tidak boleh berfikiran sudah cukup kaya dengan harta yang sudah dimiliki.