Blog

Usaha ambil alih kerajaan secara demokrasi tidak pernah terhenti

ALOR SETAR: Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memberi bayangan usaha mengambil alih kerajaan secara demokrasi tidak pernah dihentikan oleh pembangkang.

Beliau mendakwa, selagi mana usaha itu tidak membelakangkan Perlembagaan, proses tersebut tidak ada halangan untuk dilakukan tambahan pula dengan kelompongan yang ada pada Akta Anti Lompat Parti.

Malah Menteri Besar Kedah itu turut mengesahkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang ...

Read More →

Covid-19 di Kedah terkawal, kes menurun

ALOR SETAR: Situasi jangkitan Covid-19 di Kedah terkawal dengan jumlah kes pada minggu epidemiologi 52 (ME52) bermula 24 hingga 30 Disember 2023 menunjukkan penurunan berbanding ME51.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, kes bagi ME52 adalah sebanyak 1,045 berbanding 1,313 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Katanya, angka itu mencatatkan penurunan sebanyak 268 kes atau 20.4 peratus.

“Secara kumulatifnya, Kedah mencatatkan sebanyak 9,006 kes Covid-19 di sepanjang 2023 dengan 41 kematian.

“Majoriti kes yang dilaporkan pada ME52 ...

Read More →
blank

Penumpang selamatkan diri tanpa bawa bagasi

PARIS: Kesemua 379 penumpang dan kru penerbangan JAL516 berjaya menyelamatkan diri daripada kebakaran tercetus akibat pertembungan pesawat Japan Airlines dengan pesawat pengawal pantai Jepun di landasan Lapangan Terbang Haneda di Tokyo.

Nahas itu turut menyebabkan lima daripada enam anak kapal pesawat pengawal pantai terbunuh. 

Rakaman video menunjukkan penumpang dipindahkan daripada pesawat Airbus A350 terbakar itu, melalui gelongsor kecemasan dalam keadaan yang agak tenang.

Malah, para penumpang itu ...

Read More →
blank

3,605 pelajar terima manfaat Yayasan Bank Rakyat

PETALING JAYA: Sebanyak 3,605 pelajar seluruh negara telah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan membabitkan peruntukan RM2.33 juta.

Justeru itu, bantuan sama juga disalurkan kepada pelajar B40 Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai inisiatif pertama bagi 2024 dengan membabitkan peruntukkan RM100,000 dalam usaha membantu pelajar kurang kemampuan.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, pihaknya sentiasa prihatin serta menyokong dalam memberikan bantuan kepada golongan memerlukan untuk mendapat kualiti pendidikan yang sama rata.

“Semoga pemberian insentif ini memberi ...

Read More →
blank

Lelaki ditemukan rentung dalam kereta mati akibat lemas terhidu asap

TAPAH: Lelaki Orang Asli yang ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Jalan Batu 23, Jalan Pahang di sini kelmarin, dipercayai terlebih dahulu mati akibat terhidu asap.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd. Naim Asnawi berkata, punca kematian tersebut diperoleh selepas proses bedah siasat terhadap mayat lelaki berusia 59 tahun itu dijalankan di Unit Forensik Hospital Tapah hari ini.

“Tiada unsur jenayah pada mangsa atau di lokasi kejadian. Hasil bedah siasat juga menunjukkan si mati meninggal dunia kerana lemas terhidu asap,” ...

Read More →
blank

103 terbunuh, dua bom meletup di perhimpunan awam di Tehran

TEHRAN: Sekurang-kurangnya 103 orang awam terbunuh di Iran ketika dua bom berturut-turut meletup mengenai orang ramai yang sedang berhimpun di kawasan terbuka bagi memperingati ulang tahun pembunuhan Jeneral Panglima Qasem Soleimani.

Menurut media tempatan, letupan itu dianggap sebagai ‘serangan pengganas’ yang berlaku pada waktu ketegangan memuncak di Asia Barat, sehari selepas pemimpin nombor dua Hamas, Saleh al-Aruri iaitu sekutu Iran terbunuh dalam serangan dron di pinggir bandar selatan Beirut, Lubnan.

Letupan itu berlaku berhampiran Masjid Saheb al-Zaman di Kerman, kampung halaman ...

Read More →
blank

“Tu Pun Lubuk Pahala Juga..” – Syada Amzah Kongsi Azam 2024, Netizen Saran Jernihkan Hubungan Adik-Beradik Dulu

Penyanyi dan pempengaruh, Syada Amzah ada berkongsikan harapan serta hasratnya yang ingin dicapai pada tahun baru, 2024.

Ibu individu penting

Menerusi hantaran yang dibuat, Syada meluahkan rasa syukur kerana masih berpeluang untuk lihat hari-hari seterusnya serta dapat menjaga ibu tercinta, Datin Fauziah Sarman.

Syada turut berkata dia sentiasa meletak ibunya sebagai individu yang paling penting dalam hidup.

Read More →
blank

Letupan bom korbankan 103 orang: Iran umum berkabung hari

TEHRAN: Iran mengisytiharkan hari Khamis sebagai hari berkabung berikutan letupan berkembar yang membunuh sekurang-kurangnya 103 orang awam berhampiran kubur Jeneral Panglima Qasem Soleimani yang terbunuh dan dianggap wira di selatan negara itu.

Pengumuman itu dibuat menerusi siaran televisyen kerajaan.

“Susulan insiden pengganas di Kerman, kerajaan mengisytiharkan Khamis sebagai hari untuk berkabung awam di seluruh negara,” menurut televisyen berkenaan.

Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin mengucapkan takziah atas kejadian letupan berkembar yang membunuh sekurang-kurangnya 103 orang di Iran berhampiran kubur ...

Read More →
blank

angka korban cecah 73 orang

ANAMIZU: Anggota penyelamat Jepun kini bergelut dengan hujan lebat, jalan raya yang tersekat dan berdepan dengan gempa susulan selepas gempa bumi kuat mengorbankan sekurang-kurangnya 73 orang dan menyebabkan puluhan ribu penduduk terputus bekalan elektrik atau air.

Di seluruh wilayah Ishikawa di pulau utama Honshu, siren berbunyi ketika kenderaan kecemasan cuba melalui jalan raya yang tersekat oleh batu dan pokok tumbang.

Semenanjung Noto paling teruk dilanda gempa bumi berukuran 7.5 magnitud pada 1 Januari lalu dengan ...

Read More →
Page 1,757 of 1,874 «...1,7301,7401,7501,7551,7561,7571,7581,759...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X