Sebelum ini pernah tular khabar angin mengatakan pelakon, Meerqeen dan pempengaruh, Ameera Khan sedang menjalin hubungan cinta tetapi ia dinafikan oleh kedua-dua pihak.
Jual barang di live TikTok sama-sama
Terbaru, tular beberapa keratan video memaparkan Meerqeen hadir bantu Ameera menjual produk minuman di live Tiktok dan perkara itu telah menjadi bualan ramai.
Dapat dilihat dalam beberapa keratan video, mereka kelihatan sangat selesa bersama, bahkan keluarga Ameera yang turut ada disitu juga tidak kekok dengan keberadaan Meerqeen dalam live terbabit.

“Dapat Kawan Macam C*laka Curi Kekasih Kawan Sendiri” – Persahabatan Leona & Cupcake Aisyah ‘Musnah’ Sebab Lelaki?
Seperti diketahui ramai, anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona berkawan baik dengan pempengaruh popular, Aisyah atau lebih dikenali sebagai Cupcake Aisyah.
Persahabatan musnah sebab lelaki
Namun begitu, persabahatan tersebut dikatakan sudah tidak lagi wujud susulan Aisyah didakwa tikam belakang Leona dengan.
Aisyah dikatakan kini rapat dengan bekas kekasih Leona iaitu lelaki bernama Ryan, malah gadis itu turut memuat naik video di TikToknya seakan memberi bayangan hati hancur kerana rakan baik sendiri belot dirinya.

Empat lelaki leka berjudi di bilik karaoke ditahan
KUALA TERENGGANU: Empat lelaki Melayu yang sedang leka berjudi di dalam bilik karaoke sebuah premis hiburan ditahan ketika diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sini, malam tadi.
Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Khairul Azizi Idris berkata, mereka yang berumur lingkungan 45 hingga 60 tahun itu ditahan pada pukul 11.30 malam.
Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, mereka memberi alasan baru sampai di bilik karaoke itu untuk berhibur dan menyanyikan beberapa lagu.
“Bagaimanapun, siasatan yang dilakukan oleh anggota penguat ...

Strategi Sanusi elak Ahli Parlimen PN sokong kerajaan

ALOR SETAR: Tindakan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mencanang kononnya Kerajaan Perpaduan akan tumbang dalam masa terdekat, tidak lebih daripada strategi kepimpinan Perikatan Nasional (PN) untuk menakut-nakutkan ahli Parlimen mereka daripada terus menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu jelas menunjukkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk ...
Read More →
Ibu tunggal OKU sakit kanser tabah jalani kehidupan demi anak-anak

JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal kepada dua orang anak kecil kekal tabah menjalani liku-liku kehidupan walaupun berstatus orang kurang upaya (OKU) selain turut menghidap kanser. Itu dugaan hidup ditanggung Norashikin Nor Azman, 30, apabila kini dia menetap bersama ibu dan bapanya di Kampung Sentosa Damai, Pasir Gudang di sini. Lebih memilukan, dia yang tidak dapat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk ...
Read More →
Transformasi kampung nelayan Perlis

KANGAR: Kotor, tidak terurus, rumah uzur dan dibelenggu kemiskinan. Lebih 80 peratus penduduk daripada golongan nelayan di situ pula adalah asnaf. Itu gambaran suasana perkampungan nelayan Seberang Ramai, Kuala Perlis suatu ketika dahulu. Perkampungan nelayan itu merangkumi tujuh buah kampung iaitu Kampung Tengah, Hujung Tanjung, Seberang Jaya, Tandiap, Seberang Alor, Baru Seberang dan Kampung Pulau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk ...
Read More →
Al-Maqari juara Pentas Marhaban – Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR: Kumpulan Al-Maqari menepati ramalan apabila diumumkan juara Pentas Marhaban TV AlHijrah yang berlangsung malam semalam.
Kemenangan tersebut melayakkan kumpulan itu pulang dengan hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.
Naib juara pula disandang kumpulan Qalbun Hadi yang membawa pulang RM25,000 berserta trofi.
Sementara itu, kumpulan Al Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih hadiah sagu hati berupa wang tunai RM10,000.
Read More →

Hezbollah lancar lebih 60 roket sasar pangkalan tentera Israel
BEIRUT: Kumpulan Hezbollah Lubnan memaklumkan pasukannya berjaya melancarkan lebih 60 roket menyasarkan pangkalan tentera Israel.
Hezbollah disokong Iran menyifatkan serangan bertubi-tubi itu sebagai tindak balas susulan pembunuhan Timbalan Ketua Hamas, Saleh al-Arouri di Beirut.
“Serangan itu merupakan sebahagian tindak balas awal terhadap jenayah pembunuhan pemimpin terkenal, Sheikh Saleh al-Arouri.
“Hezbollah menyasarkan pangkalan kawalan udara Meron dengan 62 pelbagai jenis peluru berpandu,” jelas kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Sejak perang Israel-Palestin meletus pada 7 Oktober tahun lalu, ...

G57 digesa tarik balik kenyataan atau disaman RM100 juta
KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) Sepanggar menuntut Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Datuk Zulkarnain Mahdar menarik balik kenyataan yang mendakwa parti itu menerima dana daripada kartel dadah.
Ketua Warisan Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, beliau dan peguamnya akan mengeluarkan letter of demand kepada Zulkarnain untuk menarik balik kenyataan dan meminta maaf atas dakwaan Warisan Sepanggar menerima dana daripada kartel dadah seperti yang disebutkan dalam sidang akhbar pada Khamis.
“Kami memandang serius tuduhan ...

Tawar pelaburan patuh syariah, 26 individu rugi RM2.8 juta ditipu
KUALA LUMPUR : Berselindung di sebalik konsep patuh syariah bagi mencari pelanggan untuk melabur dalam pinjaman tanpa cagaran.
Itu taktik digunakan sebuah syarikat koperasi yang beroperasi di Kota Bahru, Kelantan yang didakwa menjerat 26 mangsa terdiri pesara dan petugas kerajaan sehingga mereka kerugian RM2.8 juta kerana modal dan dividen yang dijanjikan mereka tidak diperoleh.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, modus operandi yang dilakukan oleh koperasi itu adalah dengan mencari ...