SETIU: Seramai 224 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikenal pasti berisiko terjejas sekiranya berlaku banjir di Terengganu dalam tempoh peperiksaan tersebut dari 30 Januari hingga 7 Mac 2024.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme), Shafruddin Ali Hussin berkata, langkah proaktif akan diambil bagi memastikan calon terlibat dapat menjalani peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan sekiranya berlaku bencana tersebut.
“Kita telah minta Pengarah Pendidikan Negeri untuk membuat penelitian dan pemantauan terhadap calon-calon SPM agar mereka dapat menjalani peperiksaan tersebut mengikut jadual ...