KANGAR: Persembahan teater Madu Tiga Madu bermula pada 27-29 Jun ini di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis bakal mengangkat karya Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee buat tatapan umum.
Pementasan teater komedi yang diadaptasi daripada filem Madu Tiga itu bakal membawa pelbagai mesej dalam mengangkat isu berkaitan rumah tangga, toleransi dan nilai kekeluargaan.
Pengarah Teater Madu Tiga Madu, Amran Nasrudin berkata, terdapat beberapa barisan pelakon popular dan bakat baharu telah dipilih untuk diketengahkan bagi menghidupkan kisah yang akan ...