KUALA LUMPUR: Young Tigers masih belum mampu menandingi kehebatan juara bertahan, Argentina apabila mereka dibelasah 0-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan A pada Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, dekat sini, hari ini.
Berdepan pasukan seampuh Argentina, anak-anak buah Muhammad Amin Rahim buntu bagi mencari ilham untuk membolosi gawang lawan.
Peluang yang dimiliki seawal minit ke-10 menerusi pukulan sudut penalti gagal mereka jelmakan kepada jaringan.
Malah, sebaliknya skuad bimbingan Juan Gilardi itu pula yang berjaya memecah kebuntuan ...