Blog

blank

(VIDEO) “Shopping Sakan Naa..” – Rozita Che Wan Dedah Ada 95 Pasang Baju Raya Tahun Ini?

Rasanya setiap tahun pelakon Rozita Che Wan atau mesra dipanggil sebagai Che Ta akan membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri secara besar-besaran.

Tahun ini ada 95 baju raya?

Raya tahun lalu Che Ta enggan menyambut bulan lebaran itu secara berlebihan dan hanya memakai baju raya yang belum dipakai pada tahun-tahun lalu.

Namun begitu, melalui video yang dimuat naik oleh Che Ta di TikTok, baru-baru ini, kapsyen hantaran tersebut telah membuat netizen terkejut kerana memaklumkan dirinya setakat ini mempunyai 95 pasang baju raya!