Pengasas jenama baju Melayu tempatan terkenal, Bulan Bintang iaitu Azzim Zahid Azmi baru-baru ini mendedahkan mereka telah memperuntukkan lebih kurang RM200,00 untuk Kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang.
Ringankan beban golongan memerlukan
Menurut Azzim, tahun ini fokus utama bagi jenamanya adalah bagi membalas budi dengan memberi semula kepada masyarakat dan meringankan beban mereka yang memerlukan seperti golongan miskin, anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Ini adalah kali pertama secara besar-besaran, tahun ini kami ingin memberikan semula ...