Bagaikan sudah menjadi KPI setiap tahun, satu jenama tempatan terkenal yang menjual baju raya tular selepas seorang pembeli memuat naik baju yang dibelinya daripada jenama tersebut.
Bayar RM400 tapi kualiti tak setanding?
Menerusi hantaran di TikTok itu, wanita tersebut menunjukkan sehelai baju berwarna hitam yang dibelinya daripada jenama tersebut dengan harga RM400.
Namun, jelas kelihatan ketidaksempurnaan dalam penghasilan pakaian itu apabila jahitan dilihat tidak kemas malah manik pula tidak cukup dijahit.
So sad tinggal berapa hari nak raya. Baju sampai ...