Sedia maklum, kemelut yang berlaku dalam rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz hingga ke hari ini masih lagi menjadi bualan ramai.
‘Repost’ babak dalam K-Drama
Terbaru, melalui laman TikTok Bella, kelihatan aktres terbabit ‘repost‘ satu babak di dalam K-Drama yang seakan-akan berkait rapat dengan situasi yang sedang dihadapi olehnya sekarang ini.
Di dalam babak tersebut, pelakon utama mengucapkan ‘tahniah’ kepada rakan baiknya yang telah merampas suaminya dan menganggap rakan baik telah mengambil ‘sampah’ yang telah dibuang oleh dia.