MARAN: Warga peneroka Felda Wilayah Jengka meneruskan tradisi masyarakat Melayu iaitu amalan menghias halaman rumah dengan menyalakan pelita raya.
Pelita raya dipasang di sekeliling rumah dan sepanjang jalan di Felda wilayah itu untuk menerangi dan menceriakan suasana pada waktu malam bagi menyambut ketibaan bulan Syawal.
Ketua Peneroka Felda Raya Jengka 14, Arifin Wahab berkata, penduduk di tanah rancangan terbabit bersepakat mengekalkan amalan pelita raya zaman berzaman itu yang semakin dilupakan generasi baharu.
“Sebanyak 21 blok menyertai program ini membabitkan peneroka dan generasi ...