Blog

Kami sibuk bekerja, sempat jumpa peluk di tepi jalan – Fasha Sandha

KUALA LUMPUR: “Kami sangat sibuk bekerja. Masing-masing ada penggambaran, jadi sempat peluk cium di tepi jalan sahaja.”

Demikian perkongsian pelakon, Fasha Sandha ketika ditanya pertindihan jadual penggambaran dengan suami yang juga seorang pelakon, Aidil Aziz.

Kongsi Fasha, ketika itu Aidil sedang sibuk menjalani penggambaran filem Harimau Malaya manakala, dia sibuk dengan drama Malang Si Puteri maka jadual kerja masing-masing bertindih.

“Bila saya baru nak pergi kerja, dia baru nak balik kerja. Jadi, kami berjumpa ...

Read More →

Lori sampah alami masalah brek rempuh 14 kenderaan lain

PETALING JAYA: Sebuah lori sampah merempuh 14 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Persekutuan/Lebuhraya Shahpadu di sini malam tadi kerana brek tidak berfungsi

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari semalam itu, pemandu lori warga tempatan berusia 41 tahun dan kesemua mangsa tidak cedera dan telah membuat laporan berhubung kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Polis, Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 2.33 petang dan siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika lori sampah ...

Read More →
blank

Fiqh al-Ta’ayush pendekatan meraikan kepelbagaian

PETALING JAYA: Fiqh al-Ta’ayush perlu diarusperdanakan secara meluas di Malaysia bagi memberikan kefahaman dinamik dan progresif mengenai tatacara menangani dan meraikan kepelbagaian.

Al-Ta’ayush merujuk kepada kewujudan bersama dalam suasana persaudaraan dan toleransi dalam kalangan semua rakyat tanpa mengira bangsa, warna kulit dan kepercayaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, konsep itu perlu dijadikan tema perbincangan dan ruang dijadikan satu pendekatan lebih segar dan berkesan khususnya dalam mengolah semula konsep hubungan Muslim dan bukan Muslim

Katanya, realiti ...

Read More →
blank

Dua bank alami gangguan perkhidmatan diarah beri penjelasan

PETALING JAYA: Bank Negara (BNM) meminta dua bank yang mengalami gangguan perkhidmatan untuk memberikan penjelasan mengenai punca menyebabkan insiden gangguan tersebut.

BNM dalam kenyataan berkata, kedua-dua bank itu juga perlu memberikan langkah-langkah pembetulan dan pencegahan yang dilaksanakan bagi mengelakkan isu sama berulang.

Susulan kejadian itu, BNM memandang serius gangguan yang mengakibatkan kesulitan kepada pelanggan.

Selain itu, kata kenyataan itu, kedua-dua bank berkenaan telah diarahkan untuk berkomunikasi dengan pelanggan yang terjejas termasuk menjawab segera sebarang aduan dan pertanyaan yang disebabkan oleh gangguan tersebut.

BNM ...

Read More →
blank

Raikan Syawal mengukuhkan perpaduan – Agong

PETALING JAYA: Semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama diseru meraikan kedatangan bulan Syawal dengan amalan ziarah-menziarahi bagi mengeratkan silaturrahim serta  mengukuhkan perpaduan masyarakat.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, peluang kedatangan Syawal itu perlu diambil untuk saling bermaaf-maafan terutama dalam kalangan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan taulan.

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan kita sesama manusia, pasti ada yang tersinggung atau terasa hati.

“Semoga bulan yang mulia ini meningkatkan perasaan kasih sayang sesama kita,” titah Seri Paduka ...

Read More →
blank

Ruhainies Syukur Dapat Sambut Raya Di Tanah Suci Mekah 

Pelakon sensasi, Ruhainies meluahkan rasa syukur apabila dapat menyambut hari raya di Tanah Suci Mekah pada tahun ini.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ruhainies berkata impiannya untuk berpuasa dan beraya di Mekah menjadi kenyataan.

BACA: Khabar Angin Ruhainies Didakwa Sudah Berkahwin? Dokumen Perniagaan Di London Tersebar

blank

“Mimpi jadi kenyataan. Nak Ramadan dan hari raya di Tanah Suci. Alhamdulillah. Allah sebaik-baik perancangan,” ...

Read More →
blank

Awan tebal sukarkan cerapan hilal Syawal di PICC

PUTRAJAYA: Awan tebal yang disebabkan situasi hujan lebat sebelumnya pada sebelah petang di Lembah Klang menyukarkan proses cerapan anak bulan Syawal di sini hari ini.

Keadaan itu menyaksikan stesen pencerapan hilal di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) gagal untuk melakar sejarah mencerap imej anak bulan Syawal kali ini.

Perkara itu disahkan Ketua Jawatankuasa Pencerapan Hilal Peringkat Putrajaya yang juga ialah Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd. Adnan pukul 7.55 petang tadi.

Meskipun begitu, kedudukan anak bulan disahkan memenuhi kriteria imkanur rukyah (KIR) ...

Read More →
blank

Ramai Gen Z Tak Tahu! Ini Lagu Raya ‘Legend’, Sepasang Kurung Biru, Penyanyi & Kisah Di Sebalik Liriknya

Bermacam variasi lagu raya dicipta dari tahun ke tahun tetapi kata orang lagu raya lama-lama lebih memberi makna dan menyentuh hati.

Sudah tentu, banyak lagu raya evergreen yang didengari oleh masyarakat kita sehingga ke hari ini namun rasanya sebuah lagu raya ini mungkin tidak familiar dalam kalangan anak muda zaman sekarang.

Ini kisah lagu berjudul Sepasang Kurung Biru nyanyian Khairil Johari Johar dan kisah sedih di sebalik penciptaannya.

blank

Read More →
blank

Bina bangsa Malaysia bukan alasan remehkan kepentingan Islam agama Persekutuan

PETALING JAYA: Kerangka pembinaan bangsa Malaysia tidak boleh diberikan alasan untuk meremehkan kepentingan Islam sebagai agama Persekutuan termasuk usaha meningkatkan pelaksanaan syariah di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, malah usaha itu perlu dilihat tegas dan tidak kelihatan bertolak-ansur dalam kesungguhan memupuk nilai dan membina negara yang bermaruah.

Bagaimanapun beliau mengingatkan perkara itu bukan satu peluang untuk meremeh, menghina dan merosakkan cara hidup agama dan bangsa lain.

“Inilah perimbangan dan keseimbangan yang perlu dipertahan dalam semangat kita di Malaysia ...

Read More →
blank

100,000 pelarian Myanmar bakal masuk Thailand

BANGKOK: Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-Nukara menyatakan kesediaan negara itu untuk menerima kehadiran 100,000 penduduk Myanmar yang melarikan diri akibat pertempuran dengan junta tentera.

Komitmen itu dizahirkan walaupun Thailand tidak menandatangani Konvensyen Pelarian Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

“Kami bersedia untuk menempatkan kira-kira 100,000 pelarian Myanmar di lokasi selamat di Thailand buat sementara waktu.

“Rakyat Myanmar tetap datang ke kawasan sempadan, walaupun tiada pemindahan secara besar-besaran,” katanya lapor AFP.

Thailand ...

Read More →
Page 1,692 of 2,197 «...1,6601,6701,6801,6901,6911,6921,6931,694...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X