Blog

PDRM titip doa, harapan buat penduduk Palestin

PETALING JAYA: Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri diingat meneruskan perjuangan demi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, segala khidmat bakti yang dicurah pasti memberi imbalan yang terbaik dari Allah SWT di akhirat kelak.

“Tidak putus doa dan harapan jua buat saudara kita yang berada di Palestin. Mereka ini dihimpit dan dibelenggu dengan peperangan, penderitaan serta cengkaman oleh musuh Islam.

“Semoga Allah SWT sentiasa memberi pertolongan kepada mereka ...

Read More →

Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak `diserbu’ pelbagai kaum

PETALING JAYA: Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Premier Sarawak menerima kujungan orang ramai  pelbagai kaum melebihi 5,000 pada sebelah pagi di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang mengambil kesempatan beramah mesra dengan tetamu.

Turut memeriahkan majlis rumah terbuka itu ialah Timbalan ...

Read More →
blank

Ruhainies Sambut Raya Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua

Pelakon sensasi, Ruhainies meluahkan rasa syukur apabila dapat menyambut hari raya di Tanah Suci Mekah pada tahun ini.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ruhainies berkata impiannya untuk berpuasa dan beraya di Mekah menjadi kenyataan.

BACA: Khabar Angin Ruhainies Didakwa Sudah Berkahwin? Dokumen Perniagaan Di London Tersebar

blank

“Mimpi jadi kenyataan. Nak Ramadan dan hari raya di Tanah Suci. Alhamdulillah. Allah sebaik-baik perancangan,” ...

Read More →
blank

Pantai Timur diramal hujan, Selangor rekod kualiti udara tidak sihat

PETALING JAYA: MetMalaysia meramalkan ribut petir, hujan lebat serta angin kencang melanda beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor hingga pukul 2 petang ini.

MetMalaysia dalam hantaran melalui Facebook memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka melanda daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan.

Di Terengganu, ribut petir dan hujan lebat diramalkan melanda Marang, Dungun dan Kemaman, manakala Pahang membabitkan kawasan Kuantan, Pekan serta Rompin.

“Di Johor, dua kawasan membabitkan Mersing dan Kota Tinggi dijangka ...

Read More →
blank

Sultan Nazrin solat Aidilfitri di Masjid Ubudiah

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama kira-kira lebih 500 jemaah lain di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, hari ini.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Turut bersama menunaikan solat ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta beberapa ahli Exco, kepimpinan dan pentadbiran negeri.

Sebaik selesai menunaikan solat, Sultan ...

Read More →
blank

SADA sedia 123 lori hantar bekal air

ALOR SETAR: Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) menyediakan 123 lori bagi menghantar bekalan air kepada pengguna yang terjejas ketika musim Hari Raya Aidilfitri hari ini.

SADA dalam kenyataannya berkata, menerusi pelan kesiapsiagaan bermula Isnin lalu hingga 14 April, 84 lori kontrak digunakan, 32 lori tangki SADA dan sembilan lori lagi adalah jumbotanker.

“Kita menjangkakan akan berlakunya peningkatan permintaan air melebihi 30 peratus oleh pengguna di seluruh Kedah sepanjang musim perayaan Aidilfitri yang didorong kepulangan warga kota dan perantau ke ...

Read More →
blank

Remy Ishak reda anak jadi perhatian

SHAH ALAM: Pelakon popular, Remy Ishak memaklumkan dia tidak akan menolak permintaan tetamu yang ingin bertemu dan bergambar dengan anaknya, Tuah Alam. 

Kata Remy, dia terbuka memandangkan tahun ini merupakan kali pertama anaknya yang kini berusia lapan bulan itu pulang ke kampung halaman dan bertemu saudaranya di Melaka.

“Kalau orang nak datang dan bergambar dengan Tuah, tiada masalah. Nak buat macam mana, orang sudah kenal dia. 

“Perkara begini juga sudah jadi trend, cuma sebagai ...

Read More →
blank

Lama tak balik kampung, Datuk Aishah teruja beraya di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Datuk Aishah Ariffin, 60, mengakui tahun ini ada kelainan pada sambutan hari rayanya setelah sekian lama tidak pulang ke kampung halaman di Negeri Sembilan. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Aishah berkata, dia berasa teruja untuk pulang menyambut lebaran bersama sepupu dan keluarga memandangkan dia juga tidak lagi mempunyai ibu bapa untuk berhari raya bersama. 

“Tahun ini rasanya raya agak meriah juga sebab dapat balik kampung dengan anak-anak di Negeri Sembilan. Saya ini ...

Read More →
blank

Tiada isteri atau suami yang mahu diduakan

PETALING JAYA: Penyanyi, Ernie Zakri, menentang tindakan mana-mana ‘penyondol’ yang menjalinkan hubungan dengan suami atau isteri orang sekaligus meruntuhkan rumah tangga individu berkenaan.

Kata Ernie, penyondol, sebelum merancang mengganggu perkahwinan orang lain, perlu memikirkan kesan negatif yang bukan sahaja ditanggung mereka malah seluruh institusi keluarga yang mereka rosakkan. 

“Saya sebenarnya takut nak komen pasal isu ini. Tapi apa yang boleh saya katakan, tak ada isteri atau suami yang mahu diduakan dan mahu pasangan mereka disondol.

Read More →
blank

Lori sampah alami masalah brek rempuh 14 kenderaan lain

PETALING JAYA: Sebuah lori sampah merempuh 14 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Persekutuan/Lebuhraya Shahpadu di sini malam tadi kerana brek tidak berfungsi

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari semalam itu, pemandu lori warga tempatan berusia 41 tahun dan kesemua mangsa tidak cedera dan telah membuat laporan berhubung kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Polis, Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 2.33 petang dan siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika lori sampah ...

Read More →
Page 1,691 of 2,197 «...1,6601,6701,6801,6891,6901,6911,6921,693...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X