Blog

blank

TA Securites kekal ‘overweight’ pada sektor teknologi

PETALING JAYA: TA Securities mengekalkan saranan ‘overweight’ terhadap sektor teknologi, menjangkakan sektor semikonduktor di Malaysia akan bertambah baik secara beransur-ansur, disokong oleh jangkaan pemulihan dalam permintaan global .

Firma penyelidikan berkata, pertumbuhan juga didorong oleh peningkatan peluang lencongan perdagangan hasil daripada strategi ‘China Plus One’.

Katanya, pihaknya mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas Inari Amertron Bhd. dengan harga sasaran (TP) iaitu RM3.55, manakala Elsoft Research Bhd. pada 59 sen.

“Elsoft terutamanya menyediakan penyelesaian peralatan ujian ...

Read More →
blank

Rasionalisasi subsidi, peningkatan gaji minimum dorong harga naik

PETALING JAYA: Pengguna perlu bersedia untuk menghadapi kenaikan harga antara 20 hingga 60 peratus sekiranya rasionalisasi subsidi dilaksanakan serentak dengan peningkatan gaji minimum, kata Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta).

Pengerusi Samenta Pusat, Datuk William Ng berkata, perkara tersebut berkemungkinan berlaku jika kedua-dua rasionalisasi subsidi diesel dan elektrik ditarik balik serta berlaku peningkatan gaji minimum secara serentak.

Katanya, perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) juga perlu menampung peningkatan kos akibat kenaikan ...

Read More →
blank

Redah hutan untuk kraftangan

Berbaju kurung batik rona ungu bermotif bunga harum manis membuatkan penampilan Datuk ‘Ainu Sham Ramli kelihatan anggun.

Beliau yang berasal dari negeri pengeluar buah berkenaan, Perlis, sengaja memilih untuk menggayakan busana itu ketika sesi penggambaran bersama Seri, di Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, baru-baru ini.

Katanya, Kraftangan Malaysia kini membangunkan rekaan baharu di bawah Projek Batik Motif Identiti Negeri dengan usaha sama antara pereka dalaman agensi berkenaan dan usahawan kraf.

“Projek ini memperkenalkan motif dan reka corak baharu yang diinspirasikan daripada identiti setempat ...

Read More →
blank

PH belum bincang calon DUN Kuala Kubu Bharu

BATANG KALI: Pakatan Harapan (PH) belum membincangkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH berkata, beliau belum membincangkan soal calon PH pada PRK tersebut dengan sesiapa setakat ini.

“Saya datang ke sini (Masjid Bandar Utama Batang Kali) untuk bersembahyang (Jumaat) dan (sambutan) hari raya.

“Saya belum berbincang dengan sesiapa mengenai perkara itu (calon PRK DUN Kuala Kubu Bharu),” katanya kepada pemberita ketika ditemui ...

Read More →
blank

UNSC gagal capai kata sepakat bidaan Palestin sertai PBB 

NEW YORK: Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) gagal mencapai kata sepakat mengenai bidaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB.

Kegagalan itu berkemungkinan membawa kepada undian lebih formal berhubung permohonan Palestin, yang mempunyai status pemerhati di PBB itu sejak 2012 dan melobi selama bertahun-tahun untuk mendapatkan keahlian penuh bagi mengiktiraf kenegaraannya.

Jawatankuasa ad hoc UNSC yang terdiri daripada negara anggota majlis itu tidak berjaya mencapai konsensus menyeluruh, ...

Read More →
blank

Projek Rumah Pahang di Felda siap 70 peratus

TEMERLOH: Projek Rumah Pahang di 10 rancangan Felda membabitkan  1,850 unit kini sudah  siap kira-kira 70 peratus sekali gus bakal memenuhi keperluan kediaman generasi baharu Felda di Pahang.

Rumah-rumah tersebut akan diserahkan segera kepada yang layak   setelah sijil layak menduduki ( CF) diperoleh dan turut dilengkapi  prasarana seperti elektrik  air serta laluan jalan ke  kawasan perumahan tersebut.

Bercakap kepada Utusan, Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri, Datuk Amizar Abu Adam berkata, kerajaan ...

Read More →
blank

Tempat logistik simpanan sisa bahan kimia berjadual terbakar

PORT DICKSON: Tempat logistik (Side A) simpanan sisa bahan kimia di Cenviro Sdn. Bhd. (Kualiti Alam), Ladang Tanah Merah, A3 Division, Bukit Pelanduk di sini musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku petang tadi.

Komander Operasi, Penguasa Bomba, Rohaya Alias berkata, tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu dan pihak bomba kini masih menjalankan kerja memadam kebakaran secara offensive di kawasan kejadian yang melibatkan keluasan 100×100 kaki persegi itu.

“Pihak bomba menerima panggilan ...

Read More →
Page 1,685 of 2,198 «...1,6601,6701,6801,6831,6841,6851,6861,687...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X