Tular hari ini mengenai satu video memperlihatkan aksi mesra pelakon sensasi, Ammar Alfian bersama seorang wanita dipercayai kekasih hatinya.
Dalam hantaran TikTok yang kemudiannya dipadam tidak lama kemudian itu, kelihatan wanita tersebut dikucup di bahagian pipi oleh Ammar Alfian.
Malah, wanita berkenaan turut meletakkan kapsyen dengan memberi bayangan Ammar merupakan kekasih hatinya.
Sekadar info, Ammar Alfian sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Nelizza Nezam pada 6 Mac 2016 sebelum bercerai pada Oktober 2020 dengan kaedah tebus talak.
Read More →

Fasha Sandha elak beraya di kampung trauma dijangkiti Covid-19
PETALING JAYA: Pelakon, Fasha Sandha menegur sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu yang keluar beraya walaupun disahkan dijangkiti Covid-19.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Fasha berkata sikap tersebut boleh membawa maut terutama kepada golongan yang berisiko tinggi.
“Virus ini berbahaya, sebab itu saya sangat beremosi. Saya sangat trauma dengan apa yang berlaku.
“Mungkin mulai tahun depan, saya memilih untuk tidak beraya di kampung bagi mengelak perkara begini terjadi.
“Bila kita di kampung, takkan kita nak duduk dalam bilik atau pakai topeng pelitup muka dan ...

Bagasi RM500,000: Tiga saksi akan tampil minggu depan
PETALING JAYA: Tiga individu akan tampil kepada pihak polis pada minggu depan untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung pemilikan bagasi berisi wang tunai kira-kira RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kenderaan di sebuah pusat beli-belah di Damansara dekat sini, pada 20 Mac lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga lelaki tempatan tersebut merupakan saksi.
“Saksi ini merupakan rakan kepada pengarah syarikat kayu balak yang sebelum ini mendakwa bagasi berisi wang ...

Indahnya Toleransi, Video Mak Cik Melayu Fasih Berbahasa Tamil Sambut Jiran India Beraya Jadi Tumpuan
Satu video di TikTok telah berjaya mencuri tumpuan warga maya gara-gara gelagat seorang mak cik yang menyantuni tetamu bangsa India ketika sambutan hari raya baru-baru ini.
Dalam video tersebut, mak cik berbangsa Melayu bernama Hasimah Hassan itu dilihat memujuk jirannya untuk makan juadah hari raya dalam bahasa Tamil.
Kefasihan Mak Cik Hasimah bertutur dalam bahasa Tamil itu telah menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen yang rata-ratanya kagum dengan kebolehan warga emas itu.

(VIDEO) “Muka Iras Noor Nabila..” – Tunku Azizah Perkenal Wanita Pilihan Tengku Hassanal?
Tular satu video di media sosial TikTok memaparkan Tunku Azizah bersama seorang wanita sedang memberi ucapan sempena Hari Raya Aidilfitri yang disambut umat Islam baru-baru ini.
Saya dengan Tengku ingi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua rakyat Malaysia.
Setelah itu, Tunku Azizah meminta wanita dengan gelaran Tengku untuk memberi ucapan raya namun dia dilihat tersipu-sipu malu.
@maliazlnpda Replying to @kaori_cha selamat Hari Raya ...

Klenso yakin tembusi pasaran global dengan sijil halal
PETALING JAYA: Pengeluar produk kesihatan dan kebersihan Klenso Resources Sdn. Bhd. memanfaatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan menyasarkan Malaysia sebagai hub pembuatan dan pengedaran ke peringkat global.
Pengarah Urusan, Lee Teck Meng berkata, pensijilan halal Jakim yang diperoleh penting untuk meyakinkan pengguna dan menembusi pasaran terutama di negara-negara Islam.
Menurut beliau, ini kerana pensijilan halal Jakim melibatkan proses yang terperinci dan perlu mematuhi peraturan ketat pihak berkuasa itu.
Read More →

Makin matang, bekerja untuk isteri dan keluarga – Nomad

PETALING JAYA: Penyanyi, Nomad merasakan tanggungjawab sebagai seorang suami menjadikan dia lebih matang terutama dalam membuat keputusan dan tidak lagi memikirkan hanya tentang diri sendiri. Jelasnya, dia juga sedar, peranan suami dalam rumah tangga cukup besar dan dia akan berusaha sebaiknya menjalankan amanah serta tanggungjawab untuk kebahagian mereka suami isteri. “Lepas kahwin saya dapat rasakan… … Read More →

“Untuk Kenangan, Bukan Sebab Cemburu..” – Madu Marissa Dania ‘Post’ Foto Raya Bersama Suami, Nak Elak Fitnah
Madu kepada Marissa Dania Hakim, Umisya Mazlan semalam ada berkongsi foto bersama suami, Aslam di ruangan Instagram.
Dalam hantaran tersebut, pensohor media sosial itu turut menjelaskan mengapa dia memuat naik foto dirinya bersama Aslam kerana ingin mengelakkan fitnah.
Sebelum ini, pelakon Abby Abadi yang juga ibu kepada Marissa Dania ...

(VIDEO) “Itu Cara Dia Sambut Lebaran..” – Azwan Ali Cakap Seorang Diri Sambut Hari Raya Bersama Arwah Ibu, Netizen Luah Rasa Simpati
Tular baru-baru ini mengenai satu video memaparkan personaliti TV terkenal, Azwan Haji Ali ada berkongsi momen-momen sambutan lebarannya pada tahun ini.
Dalam video TikTok yang dimuat naik Azwan Ali, dia dilihat sedang melawat pusara ibunya dan juga saat dia ‘menyambut’ tetamu di rumahnya sempena hari raya.
Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah ‘tetamu’ tersebut tidak wujud dan Azwan juga dirakam bercakap seorang diri melayan ‘tetamu jadian’ ...

Nikmati Aidilfitri dalam suasana kampung di inap desa Kebun Harumanis Wan Pa
KANGAR: Inap desa berlatarkan sawah dan bukit-bukau di negeri ini menjadi pilihan khususnya orang bandar yang ingin merasai pengalaman meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana kampung.
Antaranya Inap Desa Kebun Harumanis Wan Pa di sini apabila tempahan penuh dari petang raya sehingga semalam.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemilik inap desa berkenaan, Nurul Azlie Adzame, 42, berkata, terdapat dalam kalangan pelanggan yang membawa seluruh keluarga khususnya dari Kuala Lumpur yang memilih menginap di sini semata-mata bagi merasai sendiri suasana beraya di ...