Blog

Tanah runtuh: 7 kediaman Taman Wawasan diarah dikosongkan

PETALING JAYA : Sebanyak tujuh kediaman di Taman Wawasan, Puchong diarah untuk dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga susulan kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan.

Satu panggilan diterima pihak bomba memgenai kejadian itu kira-kira pukul 7.26 malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, satu jentera dikejarkan ke lokasi dan mendapati terdapat runtuhan tanah di hadapan sebuah rumah.

Kata beliau, kejadian itu menyebabkan sebuah kenderaan terjejas, namun tidak membabitkan mangsa.

“Kita (bomba) mengeluarkan arahan bagi pengosongan tujuh ...

Read More →

Ukraine dakwa tembak jatuh 30 dron Russia di 11 wilayah

KYIV: Pasukan pertahanan udara Ukraine dan pasukan pemusnah dron berjaya menembak jatuh 30 daripada 31 dron milik Russia di 11 wilayah di seluruh negara itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh tentera udara Ukraine dalam satu kenyataan.

Menurut beberapa saksi, satu siri letupan menggegarkan seluruh ibu kota Ukraine, Kyiv ketika pasukan pertahanan udara berusaha memusnahkan dron Russia.

“Ini adalah serangan udara keenam ke atas Kyiv sejak awal bulan.

“Hari ini kira-kira selepas tiga hari ancaman peluru berpandu balistik, ...

Read More →
blank

Mangsa banjir Kelantan naik mendadak

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di negeri meningkat dengan mendadak apabila seramai 3,570 mangsa berlindung di 15 buah pusat pemindahan sementara (PPS) 1,366 pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 8 malam kesemua mangsa yang berlindung di PPS itu dari 1,110 keluarga.

Menurutnya, tiga daerah yang terjejas dengan banjir ketika ini ialah Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai.

“Pasir Mas menjadi daerah yang paling teruk terjejas apabila seramai 3,247 mangsa berlindung ...

Read More →
blank

JDT berpesta tol, belasah Penang FC 8-0

ISKANDAR PUTERI: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berpesta gol membenam Penang FC 8-0 sekali gus melengkapkan malam gemilang buat yang sah bergelar juara Liga Super musim ini, melengkapkan kejuaraan quadruple dua musim berturut-turut.

Keputusan itu juga membolehkan skuad Harimau Selatan melakar sejarah menamatkan saingan liga tanpa kalah dengan meledak 100 gol dalam 26 perlawanan, hanya mencatatkan satu keputusan seri menentang Kedah Darul Aman FC dan menang kesemua baki perlawanan.

Beraksi di hadapan 33,169 penonton ...

Read More →
blank

Pelajar mati dilanggar DSP polis mahu jadi pelumba motosikal

IPOH: Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang dilanggar mati kereta dipandu pegawai polis  di Jalan Taman Jati dekat Meru di sini semalam  minat dengan permotoran dan bercita-cita menjadi pelumba motosikal.

Cerita abang kepada mangsa, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, disebabkan minat itu juga, Zaharif pandai membaiki motosikal dan di rumah dia membina motosikalnya sendiri.

Katanya, kebolehan tersebut menyebabkan kawan-kawannya sering meminta bantuan arwah jika motosikal mereka ada masalah.

“Dia buat bengkel motor, tiap-tiap malam ...

Read More →
blank

Kerajaan negeri peruntukan RM1 juta jayakan Program Berkhatan Anak Pahang

LIPIS: Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk melaksanakan Program Berkhatan Anak Pahang melibatkan 3,500 orang kanak-kanak lelaki yang berusia 12 tahun ke bawah daripada golongan B40 di semua daerah tahun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan tersebut terkandung dalam Belanjawan 2024 yang diumumkan baru-baru ini antara aspirasi kerajaan negeri untuk meringankan ibu bapa dan penjaga khususnya golongan B40 ketika membuat persediaan berkhatan anak masing-masing sempena cuti sekolah hujung tahun ini.

“Kerajaan negeri sangat ...

Read More →
blank

Saya menangis kerana terharu, bukan kerana ada buat silap – Aisha Retno

SHAH ALAM : Dilihat meitiskan air mata selepas selesai membawakan lagu Sutera di pentas Muzik-Muzik Separuh Akhir ke-38 (SFMM38), penyanyi, Aisha Retno bagaimanapun mengakui ia bukan kerana dirinya ada melakukan kesilapan dalam persembahan.

Menurut Aisha, selepas selesai menyanyikan lagu tersebut, dia tiba-tiba dihinggapi dengan perasaan terharu kerana sememangnya telah menyimpan impian besar untuk melangkah ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Sebenarnya saya menangis sebab terharu. Ini adalah apa yang saya impikan sejak saya mula lancarkan lagu ini.

“Saya bersama komposer ...

Read More →
blank

Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim sedia selesai saman luar mahkamah

JOHOR BAHRU: Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim sedia pertimbang kaedah penyelesaian secara luar mahkamah melibatkan saman berjumlah RM30 juta setelah kes tersebut berlarutan selama lima tahun.

Peguam yang mewakili 42 plaintif, Datuk Kamarudin Ahmad berkata, perbicaraan kes tersebut akan bersambung semula pada 22 Januari depan, setelah ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 sebelum ini.

Menurut beliau, anak guamnya terdiri daripada orang awam serta murid dan pelajar yang terjejas secara langsung dengan insiden berkenaan.

“Setelah perbincangan dibuat bersama ...

Read More →
blank

Langgar mati pelajar: `Dia tak minta maaf, isteri yang memohon maaf’

IPOH: ‘Dia (pegawai polis) langsung tak minta maaf. Isteri dia ada berjumpa dengan saya sewaktu di tempat kejadian. Datang memohon maaf’.

Itu kata Nur Zawanie Muhd Zamrie, 28, kakak kepada Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di sini yang maut dilanggar kereta  pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan Polis (DSP).

Menurut Nur Zawanie, wanita itu yang merupakan isteri kepada pegawai polis berkenaan memohon maaf kepadanya  ketika datang ke  lokasi ...

Read More →
blank

“Allah Dah Tunjuk Saya Tak Berbohong”

Teka teki mengenai majlis pernikahan Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengumumkan mengenai berita pernikahannya pagi tadi.

Memetik Harian Metro, bekas isteri kepada pelakon itu iaitu Nurul Shuhada gembira apabila hajat bekas suaminya untuk berkahwin dengan Athira tercapai.

BACA: “Athira Terima Saya Seadanya, Susah Senang Bersama Dari Dulu Lagi”

“Itu hajat dia walau kami masih bergelar suami isteri. Ini jalan yang dia pilih, baguslah.

“Selamat maju jaya dalam hidup. Insya-Allah, Allah Maha Baik,  saya juga gembira, ...

Read More →
Page 1,682 of 1,725 «...1,6501,6601,6701,6801,6811,6821,6831,684...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X