KUALA LUMPUR: Pegawai kanan polis yang terlibat dalam kes kemalangan jalan raya membabitkan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Ipoh, Perak akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, esok.
Peguam Negara dalam satu kenyataan berkata, pegawai kanan tersebut yang merupakan suspek dalam kejadian tersebut dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam Kertas Siasatan, Jabatan ini mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 ...