PETALING JAYA: Hasrat skuad Harimau Malaya mengadakan aksi persahabatan dengan Qatar tidak kesampaian selepas Qatar memilih Kemboja dan Jordan untuk persediaan mereka sebelum sepak mula Piala Asia tahun depan.
Terdahulu, Arab Saudi membatalkan perlawanan persahabatan yang telah dipersetujui kedua-dua pihak susulan permintaan ketua jurulatih baharu Roberto Mancini.
Justeru, menurut laporan Utusan Malaysia sebelum ini, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan bahawa pihaknya sedang berusaha untuk mencari tiga lawan berprofil tinggi buat pasukan kebangsaan dan salah satunya adalah Qatar.
Ketika ...