Sebelum ini, bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal telah mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan pengunduraan dari kumpulan tersebut. Kini, namanya kembali menjadi perhatian netizen apabila didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan sang suami.
Sudah sah bernikah
Berdasarkan satu Instagram story yang dimuat naik oleh fanpage Dolla, terlihat penyanyi itu didakwa bersama suaminya sedondon berbusana serba putih di dalam sebuah masjid. Gambar tersebut dipercayai diambil ketika majlis pernikahannya.
Bukan itu sahaja, kepingan gambar itu juga disertakan dengan ucapan tahniah daripada peminat Syasya ...