Setelah lama tidak menjadi perhatian ramai, ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman kembali menjadi bualan warganet selepas memuat naik satu hantaran status di Instagram Story.
Jangan rasa diri terlalu baik
Dalam hantaran yang dimuat naik, Fauziah memberi pesanan kepada setiap individu untuk tidak merasakan diri sendiri terlalu baik.
Kita mungkin banyak nampak salah orang, tapi kita perlu ingat bahawa diri kita juga punya watak yang tidak baik dalam kehidupan orang lain.