SUNGAI PETANI: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas dakwaan memiliki naskhah al-Quran tanpa kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), pada Mac tahun lepas.
Tertuduh, Syaher Ikmil Abd. Rahim, 35, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki 100 naskhah al-Quran Al-Fathan tiada kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran KDN dalam bonet kereta miliknya di ruang letak kereta Econsave, ...