CYBERJAYA: Pelakon, Anna Jobling, 24, memilih untuk tidak berselindung dengan mengakui kekasih gelap aktor, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine merupakan kenalannya.
Bercakap kepada pemberita, Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata, dia mengenali Sarah sewaktu pertama kali berjumpa di Celebfest Singapura pada tahun lalu.
“Dia merupakan kenalan saya. Kami berjumpa pertama kali pada satu acara festival di Singapura sekitar Disember lepas.
“Dia datang ke reruai saya selama tiga hari dan meluangkan masa bersama saya serta pasukan ...