KUALA LUMPUR: Selepas pasangan Intan Ladyana dan Haris Alif, kini tiba giliran pasangan pelakon, Uqasha Senrose dan Kamal Adli pula berkongsi berita gembira mengenai kelahiran zuriat pertama mereka.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Uqasha berkongsi beberapa keping gambarnya bersama puteri sulung yang baru dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pagi tadi.
Menerusi hantaran tersebut, Uqasha dan Kamal sepakat menamakan cahaya mata mereka, Uqaira.
Dalam pada itu, aktres tersebut turut meluahkan rasa syukur kerana proses melahirkan bayi perempuan yang seberat 2.72 ...