PYONGYANG: Korea Utara menuduh Amerika Syarikat (AS) mempolitikkan isu hak asasi manusia di negara Asia Timur yang dilihat sebagai tindakan konspirasi politik.
Media Kerajaan KCNA, memetik Jurucakap Kementerian Luar yang memaklumkan Pyongyang akan membuat pilihan tegas bagi melindungi kedaulatan dan keselamatan negara itu sebagai tindak balas terhadap Washington yang menggunakan hak asasi manusia sebagai alat pencerobohan anti-Korea Utara.
“Kami akan melaksanakan misi kritikal seperti yang dirancang bagi meningkatkan keupayaan peninjauan angkasa untuk memastikan keselamatan negara,” ...