PUTRAJAYA: Seorang bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikannya dengan hukuman penjara 33 tahun kerana membunuh seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang juga kekasihnya, lapan tahun lalu.
Gadis berusia 17 tahun itu turut dirogol sebelum dibunuh dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Teluk Kumbar, Pulau Pinang beberapa hari sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2015.
Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang bersidang bersama-sama Datuk Harmindar ...