BUTTERWORTH: Pemandu kereta jenis BMW yang merempuh kereta Perodua Myvi yang dinaiki dua guru secara bertentangan sehingga kedua-dua mangsa maut di Jalan Permatang Baru, Kepala Batas di sini, awal pagi tadi, disahkan berada di bawah pengaruh alkohol.
Mangsa yang maut ialah Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31, dan Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata, hasil ujian pernafasan yang dilakukan ke atas pemandu kereta BMW berusia 46 tahun itu mendapati kandungan ...