KOTA BHARU: Malaysia mengalami kekurangan seramai 30,000 jurutera untuk mendepani cabaran teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehubungan itu, program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu dipertingkatkan dalam usaha untuk menguasai teknologi itu.
Menurutnya, teknologi AI perlu dikuasai kerana ia merupakan tuntutan masa kini dan boleh menyebabkan negara ketinggalan dalam perkembangan teknologi jika gagal berbuat demikian.
“Ini bermakna pelajar-pelajar sama ada di maahad tahfiz, sekolah TVET ...