IPOH: Bermain di laman sendiri dengan sokongan hampir 5,000 penyokong yang hadir di Stadium Azlan Shah, skuad hoki lelaki kebangsaan gagal menghadiahkan kemenangan kepada mereka selepas tewas 4-5 kepada Pakistan.
Kekalahan itu menyaksikan Speedy Tigers memilih jalan sukar untuk mencapai sasaran ke final kejohanan edisi ke-30 berkenaan.
Pada aksi itu, Pakistan terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Sufyan Khan.
Tersentak dengan jaringan itu, Speedy Tigers pantas bangkit menyamakan kedudukan menerusi gol padang, Muhammad ...