PETALING JAYA: Daftar Pemilih Tambahan Bulan November 2023 telah diperaku semalam (19 Disember 2023) dan diwarta hari ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, daftar pemilih tambahan itu kini dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai hari ini hingga 18 Januari depan.
Katanya, daftar pemilih tambahan itu mengandungi 39,137 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 November 2023 hingga 30 November 2023 yang didaftar secara automatik sebagai pemilih ...